Posts

Image
Bubur gandum + jagung

Bahan

Bahan agak2 je

Jagung siap dikopek
Gandum satu pack
Gula ..ikut manis
Sedikit.garam
Sedikit sagu
Dua helai daun panda
Santan secukupnya
Cara

Gandum  dan jagung direbus hingga hempuk bersama helaian pandan ( klu guna noxxa ) best x yah tunggu lelama.
Udah hempuk dan kembang masukkan pati santan, gula sau , garam kacau...sehingga masak siap boleh dimakan.
Image
Spegetti  sos putih

Bahan

1 pack spegetti
Sausage ramli 3-4 batang
Daging cincang ramli suku pack je
Bawang holand sebiji potong dadu
Bawang putih cincang halus
Sedikit minyak untu tumisan
1 cwn susu full cream ducty lady
Sedikit air agak2 je
Sos putih
Cendawan butang
Serbuk lada hitam




Cara 
Tumis bwg besar , bwg putih hingga layu , Masukkan daging cincang bersama sosej, cendawan butang masak sehingga daging masak baru Masukkan sos putih sedikit air, susu dan serbuk lada hitam   Boleh dihidangkan bersama spegatti yg siap direbus.
Image
Spegatti Goreng


Bahan  Spegatti rebus dan ketepikan,  Lada hitam dikisar halus, Bawan putih dicincang halus... Byk lg sedap Bawang besar potong dadu Lobak merah potong dadu Sedikit gobis potong halus Sosej ...klu ada isi ayam pun boleh on je Garam @ kuib ayam adabi or ikan bilis adabi Daun herba
Cara-caranya ..
Tumis bwg sampai garing masuk lada hitam, kuib ayam, lobak merah ..biar seketika tgk lobak dah masak masuk spegatti terjun sekali gobis. Last masuk daun herba  kacau seketika dan boleh dihidangkan
Image
Bahan inti:-
ubi kentang daging dipotong kecil2 bawang besar dipotong dadu garam serbuk perasa hilal minyak utk tumis sedikit air

Cara:  tumis bwg besar , bila dah layu ,masukka ubi , sedikit air dan daging masak hingga hempuk , masukkan garam dan serbuk perasa. 

Bahan bahan adunan tepung :
2 cawan tepung gandum 3 cawan santan 1 biji telur  secubit garam sedikit myk
Cara: semuanya dimasukkan kedalam blender kecuali minyak , blender hingga sebati , boleh dah masak.  Panaskan acuan dan sapu sedikit myk dgn daun pandan.




Image
Agar-agar roti

Bahan :

1 peket agar - agar
7 cawan air
gula - ikut manis
1 tin susu cair ( teman guna susu segar je )
7 keping roti - guna kulit roti sekali
1 biji telur
4 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila ( teman guna esen rose)

Cara membuatnya :

Roti ,susu cair dan telur disatukan, apabila roti kembang, blender hingga halus.
Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 7 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur .
Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan.
Bahagikan ke4 bahagian dan masukkan warna tiap2 bahagian tu. Kacau rata.
Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.
Image
MEE REBUS UDANG


Bahan-bahan ( 5 orang )500 g mee kuning 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua Limau nipis secukupnya Taugeh, dibuang ekor dan dicelur Hirisan merah Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang 250 g udang sederhana besar  BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-3 ulas bawang putih* 1 biji bawang besar *1/2 cm halia* 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan* 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus) 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air 1 batang serai, dititik 1 inci lengkuas, dititik 5 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus garam , gula lobak merah (optional)1 biji tomato, dibelah empat Cara-cara Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit…
Image
Kuih Cara Manis


100gm tepung 200ml santan sederhana pekat/susu segar 1 biji telur 1/2 sudu teh garam beberapa titik pewarna hijau gula sebagai inti Cara-cara Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..
Image
ROTI JALA
2 cawan tepung gandum 2 biji telur 2 cawan air 2 sudu susu cair sedikit garam 2 sudu tepung kastard  ( pilihan ) x bubuh pun.
cara:-
Blender semua bahan... guna acuan kiraikan dikuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak. setelah masak angkat gulung @ lipatkan.  boleh dihidangkan bersama kuah kari atau kuah manis.