Batang Buruk Nestum



Bahan-bahan

* 1 paket kulit popia
* 1/2 cawan gula kastor
* 1 1/4 cawan nestum
* minyak utk menggoreng
* sedikit air

Cara-cara

1. buka kulit popia sekeping, dan gulung atau mudahkan potong empat dan gulung .
Kemudian tampal dengan air di hujung.

2. gunting pendek kulit popia yang digulung. ulang sampai habis.

3. Jemur sampai kulit popia tu kering dulu baru goreng . ( hari tu aku buat
petang sampai sahur hari kedua baru betul kering . Kulit popia niee kena
betul2 kering dan x lembab untuk digoreng kalau tak terus melekat x da ruang
nak buh nestum nanti.

3. goreng sehingga garing. angkat dan toskan.

4. gaulkan gula kastor dan nestum guna blender kering dan blender halus .
Kemudian gaulkan popia yang digoreng tadi bersama nestum dan gula..masukkan
ke ruang yang kosong dengan serbuk nestum .

5. dah siap...bolehlah dimakan.

Comments

Popular posts from this blog