TAT Buah Jambu

Bahan
250 gm planta
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..

boleh dibeli dikedai

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
pewarna merah

bahan hiasan
bunga cengkih secukupnya untuk menjadi tangkai buah

Cara.
1. Gaulkan planta dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan tangan bentukkan bulatan
6. Kepalkan jem nenas
7. Letakkan jem nenas ditengah adunan dan bentukkan menjadi buah jambu
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Comments

Popular posts from this blog